Social Icons

 Add Me  Follow Me  Follow Me  Follow Me

Rabu, 29 Ogos 2018

Masalah Sosial? Ubah pandangan kita



Masa silam menjadi sejarah, masa depan adalah satu misteri, namun masa kini sebagai anugerah

Tiada daya kita untuk mengubah masa lalu, namun seandainya anugerah pada hari ini dapat kita lalui dengan betul mungkin menjadi asbab kebahagiaan yg sememangnya misteri pada hari esok,

Dalam entri ini mungkin jika tidak banyak sedikit pun jadilah jika dapat mengubah persepsi kita terhadap orang2 yang pernah melakukan kesilapan

Memang tidak dinafikan mungkin kesalahan yang seseorang itu lakukan memberikan kelukaan yang sangat sakit untuk dirasai

Namun berikan masa dan kesempatan untuk mereka memperbaikinya

Setiap yang berlaku dalam hidup kita semuanya sudah tertulis. Apa yang datang dan pergi semuanya ujian kepada kita, kerana tiada seorang pun manusia dalam dunia ni yang tidak diuji

Begitulah juga kita, jangan terlalu melihat keburukan orang lain sehingga kita lupa org lain itu juga dijadikan sebagai ujian kepada kita

Mak selalu pesan, jangan hina org walaupun dia buat kesilapan yang paling besar, sebab itu ujian dia, ujian kita x tau lagi macam mana

Kita selalu dengar kan yang Allah tak akan menguji seseorang itu diluar batas kemampuannya

Pernah terfikir tak kenapa kita tidak pernah diuji dengan dadah seperti penagih2 dadah di luar sana? pernah terfikir tak kenapa kita tidak pernah diuji dengan kemiskinan seperti org2 lain atau ujian2 yang lain?

Perasan x kadangkala dengan 'selamber je' kita menghukum seseorang?

'Dia mat dadah, sekarang ye lah konon bertaubat, nanti gian datang, mula lah amik dadah lagi, gi merompak org, sampah masyarakat!!'

Bukan senang seseorang itu menghadapi ujian masing2, cuba bayangkan, kalau kita yang diuji untuk ambil dadah tu macam mana kita sanggup menahan gian dari ambil barang terlarang tu? Pernah fikir?

Mudah kita menghentam org, tapi pernah tak kita berfikir sejenak, kenapa kita tidak diuji dengan dadah seumur hidup kita?

'Allah tak menguji hambanya diluar batas kemampuannya' 

Maknanya mungkin kita ini tidak mampu jika diuji sebegini, sebab itu org2 yg diuji oleh Allah ini sebenarnya kuat dan yakinlah mereka mampu untuk menghadapinya

Namun banyak yang menghina mereka ialah org2 lain yg tak pernah pun merasai ujian2 sebegini

Kalau kita memikirkan sesorang yang melakukan jenayah itu kerana kejahatan sudah tentu kita mahu memberikan hukuman, 

Namun jika kita mungubah sedikit fikiran kita bahawa yang sebenarnya mereka ini sakit dan memerlukan rawatan, pasti ramai yang cuba mendekati golongan2 sebegini dan berusaha memulihkan mereka. 

Bukankah dunia lebih indah begitu?


Kadang2 ada yg tanya "Jadi kenapa ada orang2 yg mempunyai masalah sampai dia bunuh diri? Bukan ke dia tak mampu diuji sebegitu?"

Mereka yang membunuh diri kerana tekanan ujian yang dihadapi bukan lah sebab mereka ini tak mampu menghadapinya. 

Tapi mereka ini putus asa dengan rahmat Allah, mereka putus asa untuk menghadapi ujiannya, mereka putus asa dari kehidupannya dengan cara singkat (membunuh diri).

Apa pun yang berlaku, tetap saja berpegang pada kata2 tuhan dan jangan pernah sesekali pun dalam hidup kita berputus asa dengan rahmat Allah lebih2 lagi jika berpaling dariNya

Berapa ramai manusia yg hijrahnya terhenti kerana kata2 manusia yang menghentam mereka?

Untuk pulih dari sesuatu masalah sosial itu perlu pengorbanan yang besar. Sokongan dari masyarakat adalah penguat jati diri mereka untuk berubah

Boleh tak kita cuba selepas ini, jika melihat mereka2 yang terjebak dalam masalah sosial ini dapat kita anggap ianya sebagai ujian besar kepada mereka dan belum tentu kita mampu menghadapinya jika kita diuji sebegitu.

Setidaknya persepsi negatif dapat berubah dan hati kita tidak terus membenci dan menghukum permasalahan yang kita lihat itu

Itu lebih baik berbanding kita terus hidup dalam kebencian terhadap golongan2 bermasalah ini,

Selagi ada bulan dan bintang,
Selagi bertaut kasih dan sayang,
Bawalah mereka pulang,

Wasalam,
"Nukilan ini adalah derita yang terindah"

1 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian ini... Ya Allah nak nangis...Smoga perkongsian ini dpt beri pengajaran buat semua...Kalau sudi singgahlah blog ini https://mirah1308.blogspot.com/....Klau yg ni pun boleh singgah jugak https://mierasharingknowledge.blogspot.com/...blog nii pulak cikgu suruh buat sbb smpna hari kepenggunaan hahaha...

    BalasPadam

 

Sample text

Sekalung penghargaan buat semua pembaca blog ini kerana sudi meluangkan masa membaca entri ini. Saya akan berusaha menyediakan entri-entri yang menarik dan bermanfaat khas buat semua pembaca-pembaca. Jangan lupa Share dan Follow blog ini. Berkongsi demi manfaat bersama :) tq

Sample Text

Sekiranya ada sebarang ketidakpuasan hati ataupun terkasar bahasa dalam mana-mana entri yang saya tulis, mohon maaf dari saya sendiri dan boleh sahaja terus email aduan kepada { zudinrozi96@gmail.com }. Begitu juga sekiranya ada sebarang cadangan untuk menambah baik blog, entri dan sebagainya juga boleh terus sahaja email kepada saya. Terima Kasih:)

Sample Text

Saya sangat berbesar hati mendengar pendapat dan sebagainya daripada sesiapa yang ingin berkongsi Idea.

Saya juga berbesar hati membuat entri di blog ini berdasarkan pertanyaan dan permintaan anda sekiranya ia bersesuaian untuk diketengahkan.

Sebarang pertanyaan dan sumbangan idea boleh email ke { zudinrozi96@gmail.com }

Terima Kasih :)
 
Blogger Templates