Masa silam menjadi sejarah, masa depan adalah satu misteri, namun masa kini sebagai anugerah
Tiada daya kita untuk mengubah masa lalu, namun seandainya anugerah pada hari ini dapat kita lalui dengan betul mungkin menjadi asbab kebahagiaan yg sememangnya misteri pada hari esok,
Dalam entri ini mungkin jika tidak banyak sedikit pun jadilah jika dapat mengubah persepsi kita terhadap orang2 yang pernah melakukan kesilapan
Memang tidak dinafikan mungkin kesalahan yang seseorang itu lakukan memberikan kelukaan yang sangat sakit untuk dirasai
Namun berikan masa dan kesempatan untuk mereka memperbaikinya
Setiap yang berlaku dalam hidup kita semuanya sudah tertulis. Apa yang datang dan pergi semuanya ujian kepada kita, kerana tiada seorang pun manusia dalam dunia ni yang tidak diuji
Begitulah juga kita, jangan terlalu melihat keburukan orang lain sehingga kita lupa org lain itu juga dijadikan sebagai ujian kepada kita
Mak selalu pesan, jangan hina org walaupun dia buat kesilapan yang paling besar, sebab itu ujian dia, ujian kita x tau lagi macam mana
Kita selalu dengar kan yang Allah tak akan menguji seseorang itu diluar batas kemampuannya
Pernah terfikir tak kenapa kita tidak pernah diuji dengan dadah seperti penagih2 dadah di luar sana? pernah terfikir tak kenapa kita tidak pernah diuji dengan kemiskinan seperti org2 lain atau ujian2 yang lain?
Perasan x kadangkala dengan 'selamber je' kita menghukum seseorang?
'Dia mat dadah, sekarang ye lah konon bertaubat, nanti gian datang, mula lah amik dadah lagi, gi merompak org, sampah masyarakat!!'
Bukan senang seseorang itu menghadapi ujian masing2, cuba bayangkan, kalau kita yang diuji untuk ambil dadah tu macam mana kita sanggup menahan gian dari ambil barang terlarang tu? Pernah fikir?
Mudah kita menghentam org, tapi pernah tak kita berfikir sejenak, kenapa kita tidak diuji dengan dadah seumur hidup kita?
'Allah tak menguji hambanya diluar batas kemampuannya'
Maknanya mungkin kita ini tidak mampu jika diuji sebegini, sebab itu org2 yg diuji oleh Allah ini sebenarnya kuat dan yakinlah mereka mampu untuk menghadapinya
Namun banyak yang menghina mereka ialah org2 lain yg tak pernah pun merasai ujian2 sebegini
Kalau kita memikirkan sesorang yang melakukan jenayah itu kerana kejahatan sudah tentu kita mahu memberikan hukuman,
Namun jika kita mungubah sedikit fikiran kita bahawa yang sebenarnya mereka ini sakit dan memerlukan rawatan, pasti ramai yang cuba mendekati golongan2 sebegini dan berusaha memulihkan mereka.
Bukankah dunia lebih indah begitu?
Kadang2 ada yg tanya "Jadi kenapa ada orang2 yg mempunyai masalah sampai dia bunuh diri? Bukan ke dia tak mampu diuji sebegitu?"
Mereka yang membunuh diri kerana tekanan ujian yang dihadapi bukan lah sebab mereka ini tak mampu menghadapinya.
Tapi mereka ini putus asa dengan rahmat Allah, mereka putus asa untuk menghadapi ujiannya, mereka putus asa dari kehidupannya dengan cara singkat (membunuh diri).
Apa pun yang berlaku, tetap saja berpegang pada kata2 tuhan dan jangan pernah sesekali pun dalam hidup kita berputus asa dengan rahmat Allah lebih2 lagi jika berpaling dariNya
Berapa ramai manusia yg hijrahnya terhenti kerana kata2 manusia yang menghentam mereka?
Untuk pulih dari sesuatu masalah sosial itu perlu pengorbanan yang besar. Sokongan dari masyarakat adalah penguat jati diri mereka untuk berubah
Boleh tak kita cuba selepas ini, jika melihat mereka2 yang terjebak dalam masalah sosial ini dapat kita anggap ianya sebagai ujian besar kepada mereka dan belum tentu kita mampu menghadapinya jika kita diuji sebegitu.
Setidaknya persepsi negatif dapat berubah dan hati kita tidak terus membenci dan menghukum permasalahan yang kita lihat itu
Itu lebih baik berbanding kita terus hidup dalam kebencian terhadap golongan2 bermasalah ini,
Selagi ada bulan dan bintang,
Selagi bertaut kasih dan sayang,
Bawalah mereka pulang,
Wasalam,
"Nukilan ini adalah derita yang terindah"